Sunday, 4 May 2014

Latar Belakang PERKANAN



PERKENAN adalah singkatan kepada Persatuan Perkhidmatan Pegawai Kerja Pertahanan.

TUJUAN 
Tujuan-tujuan Persatuan ini ialah : 

(a) Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka; 

(b) Memajukan ahli-ahli khususnya dan pegawai-pegawai dalam Perkhuidmatan Pegawai Kerja Pertahanan (kini dikenalai sebagai Penolong Pegawai Tadbir (PPT), amnya dengan meluaskan pegalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan mereka dengan menjalankan tugas-tugas mereka; 

(c) Menggalakkan kerjasama untuk ahli-ahli dan memupuk perhubungan dengan perkhidmatan-perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam dan Tentera; 

(d) Menyalurkan tenaga Persatuan bagi mewujud dan mengekal taraf kecekapan yang tinggi dalam jentera pentadbiran di Kementerian Pertahanan khususnya dan Kerajaan amnya; dan 

(e) Menjalankan apa-apa usaha untuk mendapatkan faedah dan kebajikan ahli-ahli dan perkhidmatan keseluruhannya. 


KEAHLIAN 

(a) Semua Pegawai Perkhidmatan Pegawai Kerja Pertahanan {Penolong Pegawai Tadbir (PPT)} yang sedang berkhidmat di Kementerian Pertahanan adalah menjadi ahli PERKENAN secara otomatik. Tiap-tiap ahli .biasanya adalah berhak mengundi dalam semua Mesyuarat Agung Persatuan, boleh dipilh untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Persatuan dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti Persatuan; 

(b) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan kepada Setiausaha yang kemudian mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan mesyuarat yang akan datang; dan 

(c) Setiap PPT yang menjadi ahli PERKENAN akan didaftarkan di dalam Daftar Ahli PERKENAN sebaik sahaja membayar yuran masuk dan yuran bulanan yang pertama.

0 comments:

Post a Comment